Saturday 9 June 2012

Senyum

Banyak kerja sampai dah buntu tak tahu nak sentuh yang mana satu. Kononya balik ni ingat nak sentuh kerja yang bertimbun tu namun satu pun tak tersentuh lagi. Hanya sekadar tengok dan ambil feel lepas tu tak siap jugak assignment. Penatnya. Bila la nak siapkan semua tu. Tapi malas macam mana sekali pun at least separuh assignment perlu disiapkan sebelum berangkat pulang ke Johor nanti. Kalau tak masak saya nanti nak buat semua kerja dalam masa satu hari. oh tidak tidakk tidakkk!

P/s : Senyum ubat paling mujarab untuk segala keresahan.

Monday 4 June 2012

HaNg Out,,,,FLirtY...EnjoYaBLe

Hari ini saya dan rakan-rakan keluar setelah sekian lama tidak berjumpa. Wah seronok. Semuanya makin cun dan mantap ye. Mungkin dulu masa di sekolah korang mana boleh cun nanti kang kena sound. Sekarang dah habis sekolah semuanya dah jangok-jangok. Memang seronok bila dapat gather ramai-ramai. Kita gosip sikit sikit kita gelak ramai ramai. Lain kali kita gather ramai ramai lagi k. Plan awal-awal baru lah semuanya berjalan lancar. Rindu sekolah dan teman teman sekolah dulu. Banyak betul pengalaman indah. Bila ingat balik moment yang best best mesti nak tergelak dan senyum sorang sorang. HAHA. Sayang korang lebih. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila bila. Amin. :))

tunggu turn nak golek bola. heee~

geng se sekolah :)

check point ?

KAMI happy!

tengokk. siapa the higher point. bhaha!



kawan yang bakal ke India nanti. :(



Saturday 2 June 2012

Selamat

Hello everyone. Alhamdulillah I am safely arrived in Kota Bharu this morning by 0800 am. Relief, exhausted, sleepy, starving its all about my 11 hours journey from Muar to KB. God, being away from my lovelies as in my family is the hardest part I guess. And to be frank, I have learn a lot. I have to survive no matter what and no matter when just to grab the scrool. Second semester in Muar is like the  horror part and yet I still love Uitm and my pretty buddies there. I am not comparing the beautiness of Uitm and college's buddies yet, I am comparing about the way the study goes. Its different. Tottaly. The worst part is reminiscing about the good old days. How I wish my besties is around and we're having fun again and again. Like I always did every night before I sleep I start gazing the pictures in my phone and lappy for thousand time. Seriously I miss them so badly. Tsskk. *sobs

Hehe. Emotional lah pulak. Okay lets continue with the pictures. Ini hanya beberapa keping gambar sebelum saya meninggalkan Muar tercinta dan pulang ke tanah air. Penat bila nak kena pack semua barang.

 
the books :P

gotong royong kolej before ends of this semester. :o

waiting the bus at station bus Muar.

  jyeahh! muka bangga nak tunjuk tiket
 lettew! :))

Sunday 20 May 2012

Perfect Weekend

Yay! We nearly end our second bloody semester. Baru nearly, haha. Tapi every end of semester mesti kene ada hadiah untuk diri. Just to remind myself  how times passes, and it would be late for me to enjoy my youth if I worried too much how old I've grown. So, we hit Melaka again this weekend and it was fun!









Tuesday 15 May 2012

Graduations

Seronok tengok musim orang konvokesyen. Aku ? Kalau boleh esok jugak aku nak grad. Haih malangnya esok aku perlu menempuh wad lain pula di HPSF tu. Kakak aku pun baru siap konvo hari ni. Sedih tak dapat pergi konvokesyen dia. Lagi dua tahun aku nak bawak mak aku pergi Graduation aku pulak. Itu janji aku untuk mak! ;)
 Ohh ya this is my sister. :)

Congratess sis ! 

Monday 14 May 2012

Just wanna fun


Salam semua. Saat jari jemari yang kurang runcing ini rancak menekan papan kekunci, jam di hanphone baru menunjukkan pukul 0954 malam. Namun badan terasa sengal-sengal, penat meronggeng tadi agaknya. Lemah dan lesu tapi semuanya berakhir dengan satu senyuman. Alhamdulillah, tidak lupa aku panjatkan pada yang diatas sana kerana mengurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menyelesaikan peperiksaan akhir bagi semester ini. *Senyum laju-laju.

Hari ini laungan merdeka terus berkumandang sebaik saja tamat kertas akhir pada semester ini. Soalan tadi pun boleh tahan jugak payahnya ditambah lagi dengan kekangan masa yang tak mampu aku halang. Semoga semuanya selamat. Sekarang masa untuk tawakkal. InsyaAllah.

So according to our plan, kami akan keluar makan-makan untuk meraikan kebebasan dan kemerdekaan kami pada harini. Biar macam kering, tapi sebagai therapy yang baik untuk otak ini after our final exam and OCSE for this semester.

Here I upload few pictures !

Brunch KAMI :)





Classmate :P





Wishlist #

Ade jgk ehh ?


P/s : Teruskan usaha-usaha terakhir kita dgn berdoa mudah-mudahan dilembutkan hati pemeriksa2 paper kita dan mndapat rsult yg baik. Amin. :)

Friday 11 May 2012

Hampir bebas !!


Hello hello people. Jerit kuat kuat. Emosi oh emosi. Penat dan penat. Done with four papers+OSCE still got another two. Ye Teha dua paper je lagi. Lepas ni dah boleh buat laungan 'merdeka' kuat-kuat. Can't wait can't wait. Yiihawwww! Dah hampir bebas. Jiwa rasa separuh bernyawa kembali bila lepas OSCE. Hijau dekat bahu ni rasanya dah tak lama. Cukuplah membawa horror dalam hidup aku these days. For the remaining few weeks, kena masuk wad lagi dan lagi. 

Alhamdulillah harini aku berjaya lagi menduduki kertas medical 2 which is about cardiovascular. Tepuk tangan untuk diri sendiri (kepapkepapkepumpumm)


Penting untuk naikkan mood study.
Yeahh-byk kan tasks sebelum balik :(
hmm..Kelantan tunggu Teha balik ea.  :D


cupcake oh cupcake.
*makaseh kakak bilik sebab hadiahkan cupcake 
buat santapan utk stay up. :)


P/s : I am thinking of donating something that would save humanity. As a matter of fact, I am student nurse.

Saturday 5 May 2012

Sekejap !


7/5/12   - Anatomy & physiology, Pharmacology
8/5/12   - Behavior Science
9/5/12   - Medical Nursing 1
10/5/12 - OSCE
11/5/12 - Medical Nursing 2
13/5/12 - Surgical Nursing 1
14/5/12 - Surgical Nursing 2

7 hari berterusan aku akan mengadap kertas exam. So, my current obsession would be studying. *pfftt sebab Monday dah mula finals. Wish me and friends best of luck. Usaha rasa macam belum lengkap lagi, tapi insyaAllah 2 hari yang berbaki ni akan digunakan dengan sebaiknya. Jangan lupa berdoa, usaha dan tawakal. I do miss my home. But I don't feel like going home yet. Mungkin sebab urusan belum selesai lagi agaknya. I am sitting for my final examination lusa. *Ba-dum-tsss!* InsyaAllah doa Umi sentiasa ada :)


                                                                      Pentinggg !!

mind mapping..
                                                               
                                                           Usaha-usaha terakir b4 final



"Take the attitude of a student. Never be too big to ask the question, 
never know too much to learn something new."


P/s : Current mood . study week , FINAL .. YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KU , BERIKANLAH AKU KEJAYAAN . AMIN ...

Monday 30 April 2012

Entah


Keliru dengan diri sendiri. Mungkin perlukan banyak kesabaran untuk terus berlayar di lautan yang penuh gelora ini. Masih sempat mendoakan apa yang terbaik. InsyaAllah. Buang perasaan marah letak rasa sabar sebagai ganti. InsyaAllah semuanya akan selamat.


P/s : Kesabaran seseorang itu bergantung pada tahap keimanannya. Jika rendah sabarnya maka rendahlah imannya. Semoga Allah letakkan perasaan sabar yang tinggi dalam diri kita semua. Aminn :)




Sunday 22 April 2012

# Reality check




Hidup kita macam anak panah, kita dah ada sasaran dah, tempat-tempat sasaran tu. Kita dah aim bagus sasaran tu. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu menyimpang jauh dari sasaran dia, lain yang kita nak lain yang kita dapat. Suka ke, tak suka ke, terpaksa kita terima. Walau apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan.

Hidup jangan cepat putus asa. Hidup masih jauh lagi. Walau apa pun terjadi hidup mesti diteruskan. Dan hidup mesti berani terima kenyataan. Berani menghadapi baik buruk. Jalan terus, jangan toleh ke belakang.


Wednesday 18 April 2012

Urghhh !


Hidup sekarang macam nilah. Hidup dalam pemikiran sempit insan kuno yang nampak inovasi tu sebagai selangkah ke belakang. You get me? Salah interpret antara maju dan mundur. Seriously, bodoh sangat. Minta pendapat lepas tu buang atas lantai then pijak-pijak. Alahaii. 


Tuesday 17 April 2012

Hujan dalam Hati

Hmm, I don't know what I felt these day. Semua macam bercampur aduk. Nafas pun macam tak lengkap sekarang. I wonder why. Nothing comes easy in the world, betul tak tipu. Seriously aku tak tahu macam mana nak describe my feeling today. Kadang-kadang aku rasa macam nak lari jauh-jauh. I'm tired of everything. I feel isolated at times and this place. Even with my own friends. Tapi mungkin perasaan aku saja.

But seriously kat sini aku perlu melalui dimana aku perlu memahami orang lain, sedangkan orang lain tidak perlu memahami aku. Aku perlu menjaga perasaan orang lain, sedangkan orang lain tidak perlu menjaga perasaan aku. Mereka memandang aku 'kebal', 'kuat', tapi mereka terlupa aku ada 'jiwa'. Aku suka potpet potpet tapi bukan berkisar perasaan aku. Kerana mungkin aku lebih kepada 'menjaga' perasaan orang sekeliling aku. Aku fikir nanti aku akan 'melukakan' hati mereka. Aku cuba kukuhkan benteng kesabaran aku, takut nanti tiba-tiba runtuh. Dan sekarang aku menjadi lebih faham. Sebab tu aku cuba untuk sentiasa tersenyum. Kerana aku memahami dunia ini begitu, maka cara utama untuk aku bahagia disini adalah dengan positif.

Sebahagia mana aku sekarang, aku tak lupa bahagia dulu. Aku tetap rindu dulu, sampai aku betul-betul move on. Aku tahu bersyukur sekarang. Sebab aku tahu apa rasa bila orang take for granted dan bila aku selalu take for granted orang sekeliling aku. Aku tak nak jadi serapuh awan. Yep, pada aku awan tu rapuh. Bila-bila masa dia boleh runtuh, jatuh basahkan orang dibawah. Nasib mungkin akan jadi baik kalau ada jejantas dan payung. Alhamdulillah :')


RINDU TEMPAT NI !
*rasa nak lari balik sini semula.


RINDU NAK NAIK TENGGILING KE KELAS !
> hanya ada di UITM MACHANG jee .


RINDU NAK MAIN OMBAK LAGI !!
o::before final exam dulu-dulu .

Rindu. Rindu nak balik kat masa dulu-dulu. BAHAGIA lah dulu. Doraemon tolonggg ! putarkan masa. dah dah tidur ! ESOK KEJE SHIFT PAGI. PASTU LEWAT BANGUN MULA LA TERGOPOH GAPAH. HUSHH !

p/s : tak sampai 2 weeks je lagi in clinical area, then final exam will coming. nak habiskan sisa-sisa masa 2 minggu practical di wad ni dengan sebaik mungkin. Wish a luck ! :)


Monday 16 April 2012

Alhamdulillah . . .

Assalamualaikum wbt...

Wow, I feel great to be back in here again ! Biasa lah sebab rasa macam dah berhabuk dah pun blog aku ni . It's takes time you know to write something on this blog since I left this blog almost 1 month. Pfft. Jari pun macam dah tak ligat menari di keyboard ni. Actually kebelakangan ni agak busy with clinical area, midsem exam, trial OSCE and soon. Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kerana aku masih lagi bernyawa di dunia ini sambil menikmati alam ciptaanNya walaupun masa yang diberikan 24 jam sehari dirasakan tidak cukup untuk menyelesaikan tugas-tugas harian.


"Aku redho jela. Walau apapun result yang keluar nanti, yakinlah bahawa itu lah yang paling layak untuk mu." 
Bak kata cikgu math masa form 5 dulu ; "You deserve it ! Baik atau buruk, itulah hasil yang terbaik untuk mu. Terima dengan hati yang terbuka, walaupun mungkin hakikat itu agak pahit untk ditelan. Jadikan itu titik tolak untuk kita bangun semula, dan perbaiki mana yang kurang untuk exam yang mendatang". 


Ni antara ayat yang aku cuba motivasikan diri aku sendiri semalam. Tak nyenyak tido rasa beb ! Pusing kanan nampak dinding, pusing kiri nampak dinding, tengok atas nampak lampu dengan kipas, tengok bawah nampak lantai je. Aisehh ! serba tak kena. Sebab dah rasa takut sangat result exam mid sem nak keluar . Then mula terbayang subject surgical yang paling disaster time exam hari tu. blurp . *telan air liur . Sumpah aku taknak fail ! .

Dan Alhamdulillah, harini aku amat gembira dan bersyukur tak terhingga pada yang Maha Esa. YA ALLAH, terima kasih kasih diatas segala nikmat yang telah diberikan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah makbulkan doaku begitu cepat. Syukur diatas kajayaan yang Allah bagi. Alhamdulillah. The mid sem exam result are okayy. Alhamdulillah takde fail . Tetapi dalam keseronokan harini aku lebih suka muhasabah diri.

Akhir kata, all the best kepada rakan-rakan yang sedang berada dalam minggu peperiksaan dan yang bakal menghadapi final exam nanti ! Jangan lupa usaha, doa dan tawakal. Moga segala urusan dipermudahkan Allah, InsyaAllah . =)
                                                           
# will be miss bip hijau . tinggal berapa minggu je lagi pakai . 
Biru tunggu . weeee .

Monday 19 March 2012

Monday Blues

Yay! Finished my first day in the surgical male ward. It's not that bad, seronok jugak. Tapi memang exhausted gila lah! Takpe, for the sake of courage and pengalaman. Tak boleh cekau dekat tepi jalan. Orang lain tengok berkerut geli, tapi kami buat-buat chill je. Cuma kadang-kadang tak selesa dengan mata yang memandang. We'll see what may come in the upcoming days. I'll just keep an optimistic mind.

Hurm, biar hidup isolated pun, kena senyum jugak. Kawan ramai kat sini. Bukan senang nak hidup isolated, tapi tak susah. Biarlah aku belajar hidup atas dua kaki sendiri ni, walaupun takde orang lain nak tolong pegang kalau nak terjatuh.


P/s : Syukur sangat sebab  first week clinical area sem ni aku ditempatkan di ward surgical male ni. Banyak yang aku belajar kat sini. Terima kasih pada staf-staf ward ni yang cantik, yang hensem lagi manis sebab banyak beri tunjuk ajar. Hanya Allah S.W.T saja mampu membalasnya. Saya selesa bekerja dengan anda semua. Cukup sporting dan sempoi. :)     

Saturday 17 March 2012

It's hard to please everyone


Kalau boleh aku terbang,
Ingin aku terbang setinggi yang mungkin,
Kalau boleh aku lari,
Ingin aku lari sejauh yang mungkin.

Agar semua hati senang,
Agar semua hati riang,
Agar semua tahu aku juga seorang insan,
Juga punya hati dan perasaan.

Agar tiada satu pun yang terkilan,
Agar tiada satu pun sesalan,
Agar tiada satu pun cebisan,
Sisanya biar aku sahaja yang telan.


Aku tak kesah sapa pun kau. Bagi aku baik kau datang dalam hidup aku, baik lah aku pada kau. Jangan jadi macam lalang yang hidup takde pendirian.

P/s : Burps. Kenyang makan hati harini ;(

Friday 16 March 2012

Random fact Teha ?

Fact 1 : Tak tahu obses colour apa.
Fact 2 : Family first.
Fact 3 : Suka potpet2
Fact 4 : Tak suka tidur. Okay sah menipu. Kuat tidur. Itu fakta.
Fact 5 : Lelaki berkaca mata. Kegemaran.
Fact 6 : Suka ketawa/gelak.
Fact 7 : Anak ketiga.
Fact 8 : Suka menulis, suka menaip, suka bercakap. Sebab tu saya ada blog.
Fact 9 : Lagu yang sedang berkumandang semasa buat buat entry ini ialah lagu Jatuh by Adam. Tak tahu kenapa harini dah lebih lima kali dengar laju ni. ngenggg ;-0
Fact 10 : Selamat datang angka 20 even saya masih belum bersedia.
Fact 11 : Pakai kaca mata bila study je. Tak suka pakai kanta lekap.
Fact 12 : Kurang confident lagi-lagi kalau ada orang pandang. Sumpah terus tunduk malu.
Fact 13 : Matematik itu bukan saya.
Fact 14 : Saya tak suka bersepah even kadang-kadang saya memang suka buat sepah.
Fact 15 : Tak suka amik port belakang time lect mengajar. Sebab memang tak akan fokus.
Fact 16 : Suka kunyah ais bila air dah habis. Tak tipu.
Fact 17 : Bila ada event suka pakai high heels sebab nak suruh nampak tinggi. ;)
Fact 18 : Diam bila nak marah.


                                                             Off to bed ;(  

Done with CPR


Alhamdulillah I'm done with my CPR theory and practical test today. Still got mid sem exam another weeks. Hopefully I can answer it all as well. Seriously aku penat gila hari ni. Around 0700 am aku dah turun untuk breakfast. Semangat gile beb. Tak ! Actually bukan sebab semangat nak buat CPR test tapi sebab aku nak ambil mood untuk attend test harini. Weyy, aku baru belajar benda alah tu semalam. Serius memang aku tak sempat nak praktis betul-betul benda tu. Nafas pun macam tak lengkap je buat benda nie tadi. For my dearest lecturer, sorry because I think i do not doing the best tadi. Tolonggg jangan failkan saya ye. #facepalm.
Adult CPR

Sunday 11 March 2012

I'm back

Tarik nafas dalam-dalam dan mula bernafas. Alhamdulillah dah selamat tiba di bumi Johor ni. Tapi hati ni dah rindu Kelantan yang jauh tu. Takpe, cuti sem bulan 5 nanti kita balik ye. Okay sebelum jauh melalut meh sini nak update sikit. Sekarang ni saya akan menghadapi exam mid sem. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 2. How times fly. Phew phew phew. Macam-macam dugaan tapi masih mampu tersenyum. =) Jyeah, you rock girl ! Senyum untuk awet muda. So far, Alhamdulillah.

P/s: Will update some more later. Tadaaa :)

Saturday 10 March 2012

Cuti dah habis bro !


At some point, I have to learn to let go. Hurm it's nothing actually, just I have to go back to Muar tonight. Sobs sobs. Takpe, buat-buat redha walaupun hati tak ikhlas meredhai. Hurm, tak lama lagi dah nak start clinical practice. Am I ready to be ready ? Dressing ? Injection ? Last office ? Aiyok, memang aku perlu semangat lebih. Ya Allah, please give me that super strength to face this. I want to help the sick people !

Friday 2 March 2012

Sayonara !

Sayonara love ! InsyaAllah by tonight I will going back to my hometown. Will be spending a weeks holiday at home and hopefully I can do many beneficial things there. Guyss, do pray for my safe journey and safety later. Take care guys and have a great holidays ahead. InsyaAllah we will meet again another weeks. X:))

:) bye bye Muar ! 

Friday 24 February 2012

How time flies


Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk bulan tiga. Alaa, kejapnya masa berlalu kan. Rasanya kalau lebihkan bilangan hari dalam setahun jadi 556 hari pun masih lagi rasa sekejap sebab schedule kelas hari-hari memang pack gile ditambah pulak dengan aktiviti-aktiviti kolej yang memang tak pernah habis. Rasanya minggu ni minggu yang paling busy dan kalau boleh nak tambah bilangan hari dalam seminggu nak jadikan ia sepuluh hari atau tambah bilangan jam dalam sehari jadi 42 jam. Kan bagus kalau macam tu. Sempat lagi saya nak siapkan kerja yang tertangguh, menelaah sikit untuk quiz dan test. Tapi hakikatnya itu semua KALAU dan tak akan jadi kenyataan. Jadi saya yang patut berubah dan bijak mengatur masa agar saya boleh terima hakikat yang seminggu kita hanya ada 7 hari dan 24 jam sehari. 

Sekarang saya dah jarang online sampai pagi buta. Sekarang saya dah pandai tidur awal dan bangun awal. Sekarang saya dah pandai iron baju banyak-banyak bila hujung minggu. Sekarang saya dah pandai manage masa secara lebih bijak berbanding dulu. Sekarang saya memang tak tidur petang dah. Sekarang petang-petang saya akan manfaatkan waktu saya untuk bersukan. Sekarang saya lebih banyak berfikiran secara positif walau apa jua keadaan. 

Itu adalah antara perubahan yang positif pada diri saya sekarang. Harap ianya berkekalan dan tidak separuh jalan. Cukup untuk saya sekarang. Sebenarnya saya ada banyak lagi kerja yang perlu disiapkan sekarang ni. 
Sayonara. Jaga diri baik-baik okeyh.


P/s : Sorry for any wrong doings. 

Friday 17 February 2012

MInggu Penat

   Hewhewhew!
                                         
My head's spinning right round right round like shit. Hari-hari pun penat, mungkin kepala pun dah capai tahap maksima. Penat dengan perangai orang, penat dengan jadual padat. Bila ikutkan hati, boleh je aku nak ikut angin monsoon orang. Tapi, aku malas nak beratkan kepala dengan bukan hal aku. Baik aku happy dengan yang happy dengan aku.

Tonight ada praktis kawad lagi. Entering pertandingan kawad berirama, believe me.HAHA.
Next week, ada tournament volleyball lagi. Selamat penat Tehah! Pheww~

Tuesday 14 February 2012

Hari Controversial

Whoa, February 14 ? Apa ada agaknya ? Hari Velentine ?UEFA Champion League ?The hell I care. Dua-dua aku tak ambil kisah. Insyallah pada aku harini adalah the usual Tuesday yang aku lalui secara normal. Don't suprise me with anything ya ?Thank you. Hurm, people nowadays are so unthinkable lah. Let it be, if they want to stay, they'll stay. Cukup untuk aku kalau yang tinggal itu yang betul-betul di dalam hati. Aku dah penat jaga hati orang. Aku dah letih membahagiakan orang. Biar aku gembira sendiri, dengan dunia aku sendiri. Dengan siapa yang aku nak.

Saturday 11 February 2012

Love it!

Jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun disini
Ku menangis...

Kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik untukku butakan hatiku
Kau pergi begitu saja tak ku tahu
Ku tlah layu

Mungkin kernaku terlalu
mencintaimu...
Ku terluka

Ke mana ku berlari
Ke mana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Cara mu mencintaiku

Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik untukku butakan hatiku
Kau pergi begitu saja tak ku tahu
Ku terluka

Ke mana ku berlari
Ke mana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Cara mu mencintaiku

Biarlah ku simpan
Menjadi kenangan hidupku

Ke mana ku berlari
Ke mana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Cara mu mencintaiku

Ke mana ku berlari
Ke mana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku......

Geisha - Kenangan hidupku


#Comel kan diorang ni ? Hewhewhew





Friday 10 February 2012

Everyday Every Day



"Peace...it does not mean to be in a place where there no noise, trouble or hard work. It means to be in the midst of those things and still be calm in your heart".


Aku akan cari tenang aku. Walau selama mana. Walau sejauh mana, aku akan pergi. Orang tak boleh bagi aku ketenangan agaknya. Biar aku cari sendiri. Jadi kemudian hari takkan  ada istilah mengungkit. Biar hidup sorang, janji hati senang. Walau nak ketawa sekalipun. Aku rela ketawa sorang. Kalau menangis boleh sendiri, kenapa tak ketawa ?

Well, epic people is epic. They can stay if they want. Tapi kalau ada tempat singgah lain yang lagi hebat, they may go. We will always get choices. Maybe I'm the last resort or the best choice. Pick one *Ehem*




Wednesday 8 February 2012

Main-main !

Hari ini tergerak hati pulak nak menaip. Rasa macam dah sekian lama tak menaip. Dulu jari yang tak seberapa nak runcing ni laju je menari atas keyboard tapi sekarang sudah berkurang. Banyak lagi komitmen lain yang penting. Mungkin. Hari semalam kami telah turun gelanggang untuk main volleyball. Perghh Teha semangat gila. Macam lah dia terror sangat main. Tak sampai setengah jam main dah pun pancit. Teehee. Memandangkan ini kali pertama saya turun gelanggang sepanjang dua semester ini, tahniah diucapkan sebab berjaya menampor bola walaupun jerit lebih kuat daripada tampor bola. Perempuan kalau main bab jerit tu mesti ada. Habis kalau tak jerit-jerit pergi menyelam lah. Baru lah blup-blup je keluar. Bangun tadi otot-otot paha, betis, lengan serta luka di lutut ketawa riang. Haa, tu lah nak main sangat. Kan dah boleh penyakit. Mandi pagi tadi perghh pedih siot. Tahan je lah. Itu lah adat bermain. Itu sahaja untuk kali ini. Babai dong sayang !

Wednesday 4 January 2012

Hijau sudah, Biru tunggu! wee

Hari-hari pun sibuk, tidur tak pernah cukup. Tapi muka senyum jugak. Some random people used to qouted to me before. Don't let the world change your life, make a life that change the world. So, kelas pun dah start. A terminating Semester is waiting for me. Loads of anatomy and stuff. So, leave out benda yang kurang important. Wish me luck! :)

Sunday 1 January 2012

Tak Perlu Kata Apa

First of January.
Means, I am tweenty now. Yee, tahun tak menafikan usia. Walaupun belum cukup bulan, aku dah 20 tahun. But why I dont't feel old? HIHI. Age is just a number baby. So, aku tak rasa aku tua. Matured would suffice I think. Takpe, jiwa muda lagi. Kira senang cerita, kacak luar kacak dalam lah. Rasa muda, jadi muda HAHA. Siapa kisah?