Wednesday 8 February 2012

Main-main !

Hari ini tergerak hati pulak nak menaip. Rasa macam dah sekian lama tak menaip. Dulu jari yang tak seberapa nak runcing ni laju je menari atas keyboard tapi sekarang sudah berkurang. Banyak lagi komitmen lain yang penting. Mungkin. Hari semalam kami telah turun gelanggang untuk main volleyball. Perghh Teha semangat gila. Macam lah dia terror sangat main. Tak sampai setengah jam main dah pun pancit. Teehee. Memandangkan ini kali pertama saya turun gelanggang sepanjang dua semester ini, tahniah diucapkan sebab berjaya menampor bola walaupun jerit lebih kuat daripada tampor bola. Perempuan kalau main bab jerit tu mesti ada. Habis kalau tak jerit-jerit pergi menyelam lah. Baru lah blup-blup je keluar. Bangun tadi otot-otot paha, betis, lengan serta luka di lutut ketawa riang. Haa, tu lah nak main sangat. Kan dah boleh penyakit. Mandi pagi tadi perghh pedih siot. Tahan je lah. Itu lah adat bermain. Itu sahaja untuk kali ini. Babai dong sayang !

No comments:

Post a Comment