Monday 30 April 2012

Entah


Keliru dengan diri sendiri. Mungkin perlukan banyak kesabaran untuk terus berlayar di lautan yang penuh gelora ini. Masih sempat mendoakan apa yang terbaik. InsyaAllah. Buang perasaan marah letak rasa sabar sebagai ganti. InsyaAllah semuanya akan selamat.


P/s : Kesabaran seseorang itu bergantung pada tahap keimanannya. Jika rendah sabarnya maka rendahlah imannya. Semoga Allah letakkan perasaan sabar yang tinggi dalam diri kita semua. Aminn :)




Sunday 22 April 2012

# Reality check




Hidup kita macam anak panah, kita dah ada sasaran dah, tempat-tempat sasaran tu. Kita dah aim bagus sasaran tu. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu menyimpang jauh dari sasaran dia, lain yang kita nak lain yang kita dapat. Suka ke, tak suka ke, terpaksa kita terima. Walau apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan.

Hidup jangan cepat putus asa. Hidup masih jauh lagi. Walau apa pun terjadi hidup mesti diteruskan. Dan hidup mesti berani terima kenyataan. Berani menghadapi baik buruk. Jalan terus, jangan toleh ke belakang.


Wednesday 18 April 2012

Urghhh !


Hidup sekarang macam nilah. Hidup dalam pemikiran sempit insan kuno yang nampak inovasi tu sebagai selangkah ke belakang. You get me? Salah interpret antara maju dan mundur. Seriously, bodoh sangat. Minta pendapat lepas tu buang atas lantai then pijak-pijak. Alahaii. 


Tuesday 17 April 2012

Hujan dalam Hati

Hmm, I don't know what I felt these day. Semua macam bercampur aduk. Nafas pun macam tak lengkap sekarang. I wonder why. Nothing comes easy in the world, betul tak tipu. Seriously aku tak tahu macam mana nak describe my feeling today. Kadang-kadang aku rasa macam nak lari jauh-jauh. I'm tired of everything. I feel isolated at times and this place. Even with my own friends. Tapi mungkin perasaan aku saja.

But seriously kat sini aku perlu melalui dimana aku perlu memahami orang lain, sedangkan orang lain tidak perlu memahami aku. Aku perlu menjaga perasaan orang lain, sedangkan orang lain tidak perlu menjaga perasaan aku. Mereka memandang aku 'kebal', 'kuat', tapi mereka terlupa aku ada 'jiwa'. Aku suka potpet potpet tapi bukan berkisar perasaan aku. Kerana mungkin aku lebih kepada 'menjaga' perasaan orang sekeliling aku. Aku fikir nanti aku akan 'melukakan' hati mereka. Aku cuba kukuhkan benteng kesabaran aku, takut nanti tiba-tiba runtuh. Dan sekarang aku menjadi lebih faham. Sebab tu aku cuba untuk sentiasa tersenyum. Kerana aku memahami dunia ini begitu, maka cara utama untuk aku bahagia disini adalah dengan positif.

Sebahagia mana aku sekarang, aku tak lupa bahagia dulu. Aku tetap rindu dulu, sampai aku betul-betul move on. Aku tahu bersyukur sekarang. Sebab aku tahu apa rasa bila orang take for granted dan bila aku selalu take for granted orang sekeliling aku. Aku tak nak jadi serapuh awan. Yep, pada aku awan tu rapuh. Bila-bila masa dia boleh runtuh, jatuh basahkan orang dibawah. Nasib mungkin akan jadi baik kalau ada jejantas dan payung. Alhamdulillah :')


RINDU TEMPAT NI !
*rasa nak lari balik sini semula.


RINDU NAK NAIK TENGGILING KE KELAS !
> hanya ada di UITM MACHANG jee .


RINDU NAK MAIN OMBAK LAGI !!
o::before final exam dulu-dulu .

Rindu. Rindu nak balik kat masa dulu-dulu. BAHAGIA lah dulu. Doraemon tolonggg ! putarkan masa. dah dah tidur ! ESOK KEJE SHIFT PAGI. PASTU LEWAT BANGUN MULA LA TERGOPOH GAPAH. HUSHH !

p/s : tak sampai 2 weeks je lagi in clinical area, then final exam will coming. nak habiskan sisa-sisa masa 2 minggu practical di wad ni dengan sebaik mungkin. Wish a luck ! :)


Monday 16 April 2012

Alhamdulillah . . .

Assalamualaikum wbt...

Wow, I feel great to be back in here again ! Biasa lah sebab rasa macam dah berhabuk dah pun blog aku ni . It's takes time you know to write something on this blog since I left this blog almost 1 month. Pfft. Jari pun macam dah tak ligat menari di keyboard ni. Actually kebelakangan ni agak busy with clinical area, midsem exam, trial OSCE and soon. Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kerana aku masih lagi bernyawa di dunia ini sambil menikmati alam ciptaanNya walaupun masa yang diberikan 24 jam sehari dirasakan tidak cukup untuk menyelesaikan tugas-tugas harian.


"Aku redho jela. Walau apapun result yang keluar nanti, yakinlah bahawa itu lah yang paling layak untuk mu." 
Bak kata cikgu math masa form 5 dulu ; "You deserve it ! Baik atau buruk, itulah hasil yang terbaik untuk mu. Terima dengan hati yang terbuka, walaupun mungkin hakikat itu agak pahit untk ditelan. Jadikan itu titik tolak untuk kita bangun semula, dan perbaiki mana yang kurang untuk exam yang mendatang". 


Ni antara ayat yang aku cuba motivasikan diri aku sendiri semalam. Tak nyenyak tido rasa beb ! Pusing kanan nampak dinding, pusing kiri nampak dinding, tengok atas nampak lampu dengan kipas, tengok bawah nampak lantai je. Aisehh ! serba tak kena. Sebab dah rasa takut sangat result exam mid sem nak keluar . Then mula terbayang subject surgical yang paling disaster time exam hari tu. blurp . *telan air liur . Sumpah aku taknak fail ! .

Dan Alhamdulillah, harini aku amat gembira dan bersyukur tak terhingga pada yang Maha Esa. YA ALLAH, terima kasih kasih diatas segala nikmat yang telah diberikan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah makbulkan doaku begitu cepat. Syukur diatas kajayaan yang Allah bagi. Alhamdulillah. The mid sem exam result are okayy. Alhamdulillah takde fail . Tetapi dalam keseronokan harini aku lebih suka muhasabah diri.

Akhir kata, all the best kepada rakan-rakan yang sedang berada dalam minggu peperiksaan dan yang bakal menghadapi final exam nanti ! Jangan lupa usaha, doa dan tawakal. Moga segala urusan dipermudahkan Allah, InsyaAllah . =)
                                                           
# will be miss bip hijau . tinggal berapa minggu je lagi pakai . 
Biru tunggu . weeee .