Friday 24 February 2012

How time flies


Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk bulan tiga. Alaa, kejapnya masa berlalu kan. Rasanya kalau lebihkan bilangan hari dalam setahun jadi 556 hari pun masih lagi rasa sekejap sebab schedule kelas hari-hari memang pack gile ditambah pulak dengan aktiviti-aktiviti kolej yang memang tak pernah habis. Rasanya minggu ni minggu yang paling busy dan kalau boleh nak tambah bilangan hari dalam seminggu nak jadikan ia sepuluh hari atau tambah bilangan jam dalam sehari jadi 42 jam. Kan bagus kalau macam tu. Sempat lagi saya nak siapkan kerja yang tertangguh, menelaah sikit untuk quiz dan test. Tapi hakikatnya itu semua KALAU dan tak akan jadi kenyataan. Jadi saya yang patut berubah dan bijak mengatur masa agar saya boleh terima hakikat yang seminggu kita hanya ada 7 hari dan 24 jam sehari. 

Sekarang saya dah jarang online sampai pagi buta. Sekarang saya dah pandai tidur awal dan bangun awal. Sekarang saya dah pandai iron baju banyak-banyak bila hujung minggu. Sekarang saya dah pandai manage masa secara lebih bijak berbanding dulu. Sekarang saya memang tak tidur petang dah. Sekarang petang-petang saya akan manfaatkan waktu saya untuk bersukan. Sekarang saya lebih banyak berfikiran secara positif walau apa jua keadaan. 

Itu adalah antara perubahan yang positif pada diri saya sekarang. Harap ianya berkekalan dan tidak separuh jalan. Cukup untuk saya sekarang. Sebenarnya saya ada banyak lagi kerja yang perlu disiapkan sekarang ni. 
Sayonara. Jaga diri baik-baik okeyh.


P/s : Sorry for any wrong doings. 

No comments:

Post a Comment