Saturday 8 October 2011

Whoa whoa whoa!

Masuk hari ini genaplah 2 minggu aku masuk clinical area, which means aku masuk dalam ward. Jumpe real life patients. Tough ? Memang sangat. Sebab aku rasa macam baby yang baru belajar nak bertatih tapi dipaksa jugak untuk terus bertatih. Tercunggap-cunggap aku nak praktikkan apa yang aku dah belajar dalam masa 2 bulan lebih kat kelas theory. Memang rasa tersentap, terkejut dan tak bersedia. But hey, nak tunggu sampai bila kan ?So aku fikir, kalau orang lain boleh tahan, kenapa tak aku ? Penat jangan cakaplah, tak boleh duduk for 7 hours. Can you just imagine ?! 
Tapi, banyak yang aku belajar dari apa yang aku nampak, dari apa yang aku interbiu patient-patient dekat sini. Sebab 2minggu nie aku kerja dekat ward lelaki dan di ward yang sama. Mula-mula rasa awkward  gila nak tanya itu ini. Tapi dah memang aku kena hadap kerja nie, kena la buat peramah. Yaa, saya sangat hipokrit semasa melayan pesakit. Boleh pulak aku lemah lembut. HAHA. Adalah anjakan paradigma sikit hidup aku ni. Aku tak ambil kisah kat doktor sebagaimana doktor-doktor tu tak ambil kisah kat aku. Penat je aku senyum manis, boleh jalan macam tu je. Nasib lah masih ada yang sudi membalas senyuman aku ni. Saya pun happy ! Dah tu je ;)