Monday 14 May 2012

Just wanna fun


Salam semua. Saat jari jemari yang kurang runcing ini rancak menekan papan kekunci, jam di hanphone baru menunjukkan pukul 0954 malam. Namun badan terasa sengal-sengal, penat meronggeng tadi agaknya. Lemah dan lesu tapi semuanya berakhir dengan satu senyuman. Alhamdulillah, tidak lupa aku panjatkan pada yang diatas sana kerana mengurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menyelesaikan peperiksaan akhir bagi semester ini. *Senyum laju-laju.

Hari ini laungan merdeka terus berkumandang sebaik saja tamat kertas akhir pada semester ini. Soalan tadi pun boleh tahan jugak payahnya ditambah lagi dengan kekangan masa yang tak mampu aku halang. Semoga semuanya selamat. Sekarang masa untuk tawakkal. InsyaAllah.

So according to our plan, kami akan keluar makan-makan untuk meraikan kebebasan dan kemerdekaan kami pada harini. Biar macam kering, tapi sebagai therapy yang baik untuk otak ini after our final exam and OCSE for this semester.

Here I upload few pictures !

Brunch KAMI :)





Classmate :P





Wishlist #

Ade jgk ehh ?


P/s : Teruskan usaha-usaha terakhir kita dgn berdoa mudah-mudahan dilembutkan hati pemeriksa2 paper kita dan mndapat rsult yg baik. Amin. :)

No comments:

Post a Comment